Permodalan Darul Ta’zim (PDT) menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) hari ini menyalurkan sumbangan kepada lebih 320 keluarga yang terjejas akibat bencana banjir di daerah Kota Tinggi.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Ketua Eksekutif PDT, Haji Lukman Abu Bakar di beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang terlibat.

Penyerahan sumbangan berbentuk barangan kebersihan diri, pelitup muka dan ‘hand sanitizer’ itu turut disertai Penghulu Mukim Kota Tinggi, Mohd Adam Ahmad dan Timbalan Presiden Komunikasi, Pentadbiran dan Sumber Manusia PDT, Noor’ Azmi Md Omar.

Terima kasih kepada Kelab Kakitangan PDT yang turut membantu dalam penyediaan sumbangan. Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang terjejas.