Pembudayaan Integriti 

(Enculturation of Integrity)

Melalui slogan ‘Pembudayaan Integriti’ kami percaya bahawa setiap kakitangan PDT adalah komponen penting di dalam membentuk persekitaran tempat kerja yang berintegriti tinggi dan sifar rasuah.

PEMBUDAYAAN INTEGRITI | ENCULTURATION OF INTEGRITY

PEMBUDAYAAN INTEGRITI

  • Di PDT, kami adalah komited di dalam pembudayaan integriti dan pembendungan kesalahan berunsur jenayah rasuah di dalam urusan perniagaan harian kami.
  • Melalui slogan ‘Pembudayaan Integriti’ kami percaya bahawa setiap kakitangan PDT adalah komponen penting di dalam membentuk persekitaran tempat kerja yang berintegriti tinggi dan sifar rasuah.

  • Ini adalah kerana setiap kakitangan PDT haruslah mempamerkan sahsiah yang tinggi di dalam membendung kesalahan berunsur rasuah untuk membudaya serta menyemai integriti di dalam diri mereka dan kakitangan yang lain.

POLISI INTEGRITI PDT

Selari dengan penguatkuasaan Seksyen 17A Akta SPRM 2009, Ahli Lembaga Pengarah PDT dan Anak Syarikat Milikan Penuh PDT telah bersetuju untuk mengguna pakai POLISI INTEGRITI PDT sebagai rujukan utama di dalam menetapkan haluan korporat PDT sebagai Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang telus dan senantiasa menjaga nama baik Kerajaan Negeri Johor.

Berikut merupakan POLISI INTEGRITI PDT yang diguna pakai di setiap peringkat di PDT untuk rujukan umum :

KOD ETIKA DAN TATALAKU

Polisi yang menggariskan keperluan nilai etika dan tatalaku Kakitangan Kumpulan PDT di dalam melaksanakan perniagaan harian mereka dengan merujuk kepada nilai akhlak dan pematuhan terhadap undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia.

POLISI PEMBERIAN & PENERIMAAN HADIAH

Polisi yang menggariskan proses pemberian dan penerimaan hadiah daripada mana-mana pihak untuk mengawal selia had pemberian/penerimaan serta kekerapan pemberian/penerimaan hadiah tersebut.

POLISI ANTI RASUAH & PENGUBAHAN WANG HARAM

Polisi yang menggariskan langkah-langkah yang diketengahkan di dalam usaha untuk memerangi sebarang perlakuan rasuah, penyalahgunaan kuasa atau penyelewengan di PDT.

POLISI PEMBERI MAKLUMAT

Polisi yang menetapkan proses aduan sebarang Kelakuan Tidak Wajar dan Kesalahan Tatatertib serta komitmen PDT di dalam perlindungan maklumat pengadu.

POLISI PERCANGGAHAN KEPENTINGAN

Polisi yang menggariskan panduan untuk memastikan segala urusan yang dikendalikan oleh Kakitangan PDT dan Anak Syarikat Dalam Kumpulan PDT adalah bebas daripada sebarang percanggahan kepentingan.

POLISI PENGURUSAN PENGARUH LUAR DAN SURAT SOKONGAN

Polisi bagi mengawal selia Pengaruh Luar dan Surat Sokongan yang menjadi penghalang kepada amalan tadbir urus yang profesional dan berintegri.

Buku Panduan Integriti

Pelan Antirasuah Organisasi Kumpulan PDT

Penyaluran Maklumat (“Whistleblowing’’) Berkenaan Kesalahan Berunsur Rasuah Atau Kesalahan Tatatertib 

Bantu kami untuk melaporkan sebarang salah laku jenayah rasuah atau pelanggaran tata kelakuan dan etika dalam kalangan warga kerja PDT dan Anak Syarikat Kumpulan PDT. Identiti anda dijamin dan dilindungi di bawah Polisi Pemberi Maklumat PDT. Salurkan aduan anda ke: 

Borang Aduan

Borang Aduan

Memajukan Borang Jabatan Integriti PDT (Kod 003) kepada Jabatan Integriti PDT;

E-mel

E-mel

E-mel ke aduan@pdt.com.my
atau aduankhas@pdt.com.my
(bagi aduan terhadap Jabatan Integriti PDT)

Hadir ke Pejabat

Hadir ke Pejabat

Hadir sendiri atau bersama saksi kejadian ke Jabatan Integriti PDT di alamat :

No 44, Jalan Padi Emas 1/2, Uda Business Centre, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor Darul Takzim, Malaysia

Borang Jabatan Integriti

Borang Pemberian Hadiah

Borang Penerimaan Hadiah

Borang Aduan PDT

Borang Deklarasi Kepentingan Am

Borang Vendor Integrity Pledge