TABUNG PENDIDIKAN SARJANA PDT (TPSPDT)

 

Diperkenalkan sejak tahun 2016 bertujuan membantu meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan melalui pemberian kewangan secara one-off. Program bantuan ini digerakkan oleh Permodalan Darul Ta’zim (PDT) dengan Kerjasama Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ).

Syarat-Syarat Am Permohonan

  1. Terbuka kepada pelajar peringkat pengajian Sarjana yang sedang mengikuti mod kursus sama ada melalui kerja kursus / penyelidikan / campuran secara sepenuh atau separuh masa di Universiti Awam sahaja;
  2. Pemohon mestilah lahir di negeri Johor / menetap di negeri Johor sekurang-kurangnya lima (5) tahun;
  3. Tiada had umur ditetapkan;
  4. Bagi pemohon yang tidak bekerja dan sekiranya pemohon / keluarga berdaftar dengan ‘e-kasih’ maka pemohon perlu mendapatkan pengesahan daripada Pejabat Daerah berhampiran;
  5. Pendapatan isi rumah pemohon yang sedang bekerja haruslah tidak melebihi RM4,360.00 sebulan (B40) ATAU per kapita tidak melebihi RM1,800.00;
  6. Tempoh pengajian Sarjana (Master) :
    1. Bagi pengajian empat (4) semester, tempoh pengajian mestilah berbaki lebih dua (2) semester dari tempoh permohonan;
    2. Bagi pengajian dua (2) semester, tempoh pengajian mestilah berbaki satu (1) semester dari tempoh permohonan.
  7. Pemohon belum pernah menerima Tabung Pendidikan Sarjana PDT atau bantuan dari mana-mana institusi / agensi / Inisiatif Bantuan Kewangan Pendidikan Zarith Sofiah (ZSIEFA);
  8. Penerima bantuan Tabung Pendidikan Sarjana PDT adalah diwajibkan untuk menyertai program yang melibatkan penyelidikan, pendidikan dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) anjuran PDT selama (5) lima tahun iaitu dari tarikh bantuan diterima.

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN SEKARANG !

  1. Sila lengkapkan Borang Data Pemohon di pautan berikut : https://forms.gle/rebjc41o8bUqwYkz6;
  2. Muat turun serta lengkapkan Borang Permohonan di pautan di bawah;
  3. Hantarkan Borang Permohonan anda ke emel : secretariat@rajazarithsofiah.foundation

Tarikh Tutup Permohonan :

31 Julai 2024