TABUNG PENDIDIKAN KAKITANGAN KERAJAAN KUMPULAN PELAKSANA (TPKKKP)

 

Diperkenalkan sejak tahun 2018 bertujuan menggalakkan penjawat awam Johor melanjutkan pelajaran mereka ke tahap yang lebih tinggi. Program bantuan ini digerakkan oleh Permodalan Darul Ta’zim (PDT) dengan Kerjasama Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ).

Syarat-Syarat Am Permohonan

  1. Terbuka kepada Kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri Johor (Lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor dan Badan-badan Berkanun Negeri Johor;
  2. Khusus untuk kakitangan kumpulan sokongan dan pelaksana sama ada lantikan secara tetap atau kontrak;
  3. Sedang mengikuti pengajian peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa atau separuh masa di Universiti Awam sahaja;
  4. Tiada had umur ditetapkan;
  5. Tempoh mengikuti pengajian mestilah berbaki lebih 2 semester daripada tempoh permohonan;
  6. Pemohon belum pernah menerima Tabung Pendidikan Sarjana PDT atau bantuan dari mana-mana institusi / agensi / Inisiatif Bantuan Kewangan Pendidikan Zarith Sofiah (ZSIEFA);
  7. Pemohon mestilah mendapat sokongan daripada Ketua Jabatan;
  8. Penerima bantuan adalah diwajibkan untuk menyertai program yang melibatkan penyelidikan, pendidikan dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) anjuran PDT selama (5) lima tahun iaitu dari tarikh bantuan di terima.

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN SEKARANG !

  1. Sila lengkapkan Borang Data Pemohon di pautan berikut : https://forms.gle/Ji8GnFQjzqKquPkg7;
  2. Muat turun serta lengkapkan Borang Permohonan di pautan di bawah;
  3. Hantarkan Borang Permohonan anda ke emel : secretariat@rajazarithsofiah.foundation

Tarikh Tutup Permohonan :

31 Julai 2024