KERJAYA DI PDT

 

Permodalan Darul Ta’zim adalah Instrumen Pelaburan yang sentiasa bergiat aktif di negeri Johor; berperanan untuk memaksimumkan pulangan pelaburan kepada kerajaan Negeri Johor melalui pelaburan dalam bentuk pegangan ekuiti dan hartanah.

Selaras dengan perkembangan semasa, Permodalan Darul Ta’zim kini membuka peluang kepada individu yang aktif dan bermotivasi untuk bersama-sama meneruskan kemajuan di Permodalan Darul Ta’zim untuk mengisi kekosongan jawatan berikut.

Eksekutif

(Kewangan)

PENEMPATAN

Permodalan Darul Ta’zim Sdn. Bhd.

Syarat Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  3. Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya TIGA (3) tahun di dalam bidang berkaitan;
  4. Mahir berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia sama ada secara lisan dan bertulis; dan
  5. Mahir menggunakan sistem perakaunan, Microsoft Office 365 dan seumpamanya.

Tugas & Tanggungjawab

  1. Menyediakan dan menyerahkan Akaun Pengurusan bulanan PDT dan anak syarikat kepada Penolong Pengurus Kewangan yang terdiri daripada Ringkasan Eksekutif, Penyata Untung Rugi, Penyata Aliran Tunai dan Penyata Kewangan;
  2. Menyemak invois penghutang Anak Syarikat Kumpulan PDT setiap bulan;
  3. Menyemak resit bayaran penghutang di Anak Syarikat Kumpulan PDT;
  4. Menyemak Penyata Penyesuaian Bank Anak Syarikat Kumpulan PDT disediakan setiap bulan;
  5. Memastikan bayaran kepada pembekal disediakan mengikut kitaran bayaran;
  6. Menyemak baucer bayaran, cek dan transaksi Anak Syarikat Kumpulan PDT bayaran atas talian;
  7. Menyemak baucer bayaran wang panjar Anak Syarikat Kumpulan PDT;
  8. Memastikan dan menyemak ‘fixed asset registered’ Anak Syarikat Kumpulan PDT dikemaskini;
  9. Merekod dan menyemak transaksi jurnal Anak Syarikat Kumpulan PDT;
  10. Penyediaan memo dan surat;
  11. Menyediakan Bajet Tahunan PDT dan Anak Syarikat Kumpulan PDT;
  12. Penglibatan dalam aktiviti-aktiviti audit tahunan bersama Juruaudit Luar (preliminary audit dan final audit);
  13. Menyemak Laporan dan Penyata Kewangan Beraudit tahunan PDT dan Anak Syarikat Kumpulan PDT;
  14. Menyemak pengiraan zakat Anak Syarikat Kumpulan PDT;
  15. Menyemak pengiraan cukai syarikat tahunan (CP204 dan CP204A);
  16. Penyediaan Kertas Kelulusan Lembaga Pengarah; dan
  17. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Penolong Pengurus Kewangan dan Timbalan Presiden Korporat dan Kewangan dari semasa ke semasa.

Eksekutif

(Undang-Undang)

PENEMPATAN

Permodalan Darul Ta’zim Sdn. Bhd.

Syarat Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  3. Didaftarkan sebagai Peguambela dan Peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaysia;
  4. Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya DUA (2) tahun di dalam bidang berkaitan;
  5. Mahir berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia sama ada secara lisan dan bertulis; dan
  6. Mahir menggunakan Microsoft Office 365 dan seumpamanya.

Tugas & Tanggungjawab

A. Peringkat Permodalan Darul Ta’zim Sdn. Bhd. (PDT)

  1. Menyertai mesyuarat atau perbincangan bagi projek-projek yang melibatkan PDT dan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Johor (SSI);
  2. Membantu memberi pandangan dan penasihatan berkenaan aspek undang-undang kepada Timbalan Presiden Hartanah dan Projek (TPHPSSI);
  3. Membantu TPHPSSI dalam merangka struktur korporat dan struktur perjanjian sebelum menyertai mana-mana transaksi perniagaan;
  4. Merangka perjanjian berkaitan yang relevan dengan projek semasa;
  5. Meneliti perjanjian-perjanjian serta dokumen berkaitan perundangan yang dimajukan kepada PDT sebelum ianya ditandatangani oleh pihak pengurusan;
  6. Menyediakan intipati perjanjain atau ringkasan perjanjian untuk rujukan pihak pengurusan;
  7. Berurusan dan berbincang dengan sektor berkaitan berkenaan isu-isu berbangkit dalam perjanjian;
  8. Penyediaan kertas kelulusan lembaga pengarah untuk mendapatkan kelulusan menandatangani perjanjian;
  9. Mengenalpasti isu-isu pendedahan undang-undang (‘legal exposure’) berkaitan dengan projek atau jabatan berkaitan dan berbincang serta memberi pandangan bersama TPHPSSI dalam mengurangkan pendedahan risiko tersebut;
  10. Merangka dan menyemak perjanjian komersil seperti perjanjian sewaan, perjanjian pajakan, perjanjian jual beli dan sebagainya yang bakal dimertai oleh PDT; dan
  11. Memastikan terma dan syarat perjanjian sentiasa dipatuhi oleh PDT.

B. Peringkat Unit Pengurusan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Johor (UPSSI)

  1. Menyertai mesyuarat atau perbincangan bagi projek-projek yang melibatkan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Johor (SSI);
  2. Membantu memberi pandangan dan penasihatan berkenaan aspek undang-undang kepada Ketua Unit SSI;
  3. Merangka struktur korporat dan struktur perjanjian sebelum menyertai mana-mana transaksi perniagaan;
  4. Merangka perjanjian berkaitan yang relevan dengan projek semasa;
  5. Meneliti perjanjian-perjanjian serta dokumen berkaitan perundangan yang dimajukan kepada Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Johor (PUUNJ) sebelum ianya ditandatangani oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Johor;
  6. Menyediakan intipati perjanjain atau ringkasan perjanjian untuk rujukan Ketua Unit SSI dan pihak PUUNJ;
  7. Berurusan dan berbincang dengan pihak berkaitan berkenaan isu-isu berbangkit dalam perjanjian;
  8. Mengenalpasti isu-isu pendedahan undang-undang (‘legal exposure’) berkaitan dengan projek dan berbincang serta memberi pandangan bersama Ketua Unit SSI dalam mengurangkan pendedahan risiko tersebut;
  9. Merangka dan menyemak perjanjian komersil seperti perjanjian sewaan, perjanjian pajakan, perjanjian jual beli dan sebagainya yang bakal dimertai oleh SSI; dan
  10. Memastikan terma dan syarat perjanjian sentiasa dipatuhi oleh anak syarikat.

C. Lain-lain

  1. 1. Menyediakan pelaporan lengkap kepada TPHPSSI atau Ketua Unit SSI pada setiap bulan berkenaan perkembangan perjanjian;
  2. Menyertai latihan dan seminar yang bersesuaian dengan skop keterangan tugas terkini dari semasa ke semasa;
  3. Menyediakan Prosedur Operasi Standard (SOP) Jabatan Undang-Undang dan memastikan pematuhan SOP mengikut proses dan carta alir yang berkaitan sebagaimana yang telah diluluskan oleh Pihak Pengurusan PDT; dan
  4. Melaksanakan mana-mana tugas lain yang diarahkan oleh TPHPSSI atau Ketua Unit SSI dari semasa ke semasa.

Pembantu Eksekutif Kanan

(Pemantauan Projek)

PENEMPATAN

Permodalan Darul Ta’zim Sdn. Bhd.

Syarat Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) pengkhususan Kejuruteraan Awam / Mekanikal / Elektrik yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  3. Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya DUA (2) tahun di dalam bidang berkaitan;
  4. Mahir berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia sama ada secara lisan dan bertulis; dan
  5. Mahir menggunakan Microsoft Office 365 dan seumpamanya.

Tugas & Tanggungjawab

  1. Membantu pelaksanaan tugas-tugas Jabatan Pemantauan Projek berjalan dengan lancar sebagaimana arahan Eksekutif;
  2. Membantu menjalankan pemantauan pencapaian projek semasa proses bidaan atau prapembinaan (tender / pre-construction), pembinaan (construction) dan selepas pembinaan siao (post-construction) bagi memastikan pelaksanaan sesebuah projek mengikut tempoh masa kontrak atau garis masa dan sasaran yang telah ditetapkan;
  3. Membantu menjalankan lawatan tapak mengikut keperluan bagi memeriksa keadaan (termasuklah mengenalpasti isu dan masalah) di tapak projek dan menyertai lawatan kerja yang melibatkan pihak pengurusan tertinggi PDT atau Pegawai Kerajaan;
  4. Membantu menjalankan sesi engagement, mengadakan dan menyertai mesyuarat bersama rakan kongsi syarikat usahasama dan pihak berkepentingan bagi menyelaras perancangan pelaksanaan projek, memantau dan menilai prestasi pelaksanaan projek dari semasa ke semasa dan pemakluman sebarang perubahan berkaitan projek;
  5. Menyediakan maklumat hasil pemantauan di lawatan tapak atau mesyuarat yang disertai melalui laporan atau minit mesyuarat bagi pemakluman kepada pihak pengurusan tertinggi PDT;
  6. Membantu menyediakan laporan berkaitan projek bagi pelaporan kepada pihak pengurusan tertinggi PDT;
  7. Mengemaskini urusan pentadbiran bagi Sektor Penyelidikan dan Pemantaun Projek (RPM) dari semasa ke semasa terutamanya perekodan dokumen, sistem fail dan pengkalan data projek;
  8. Membantu menyediakan Prosedur Operasi Standard (SOP) Jabatan Pemantauan Projek PDT dan mematuhi SOP mengikut proses dan carta alir yang berkaitan sebagaimana yang telah diluluskan oleh pihak pengurusan tertinggi PDT;
  9. Membantu penyediaan maklumat teknikal bagi cadangan projek baharu atau berpotensi bagi penilaian kebolehlaksanaan sesebuah projek;
  10. Membantu menyediakan kertas cadangan dan slaid pembentangan maklumat projek secara kreatif bagi sektor RPM bagi kegunaan mesyuarat khas PDT dan bagi tujuantujuan lain yang berkaitan;
  11. Menyediakan laporan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi Pembantu Pemantauan Projek PDT berdasarkan keterangan tugas yang telah ditetapkan untuk kelulusan Timbalan Presiden Penyelidikan dan Pemantauan Projek (TPRPM);
  12. Menyertai latihan, bengkel dan seminar yang bersesuaian dengan skop keterangan tugas terkini dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan jumlah jam latihan yang ditetapkan oleh Jabatan Sumber Manusia; dan
  13. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh TPRPM dari semasa ke semasa.

Tugas-Tugas Khas:

  1. Menyelaras dan membantu melaksanakan tugas yang melibatkan urus tadbir syarikat PDT Oil & Gas Services Sdn Bhd dari semasa ke semasa termasuklah mewakili syarikat untuk urusan rasmi, penyediaan laporan & kertas kelulusan ahli lembaga pengarah, perekodan dokumen, pengurusan sistem fail dan pangkalan data dan tugas-tugas lain yang berkaitan sebagaimana arahan Ketua Pegawai Eksekutif PDT Oil & Gas Services Sdn Bhd;
  2. Menyelaras urus tadbir kos dan kontrak syarikat yang melibatkan tender dan proses perolehan serta pembayaran syarikat;
  3. Menyelaras dan membantu tugas-tugas yang melibatkan hal ehwal pengurusan syarikat bagi memastikan fungsi dan peranan syarikat dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan selaras dengan objektif penubuhannya.

Pelatih

(Penyelidikan)

PENEMPATAN

Permodalan Darul Ta’zim Sdn. Bhd.

Syarat Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan / Ekonomi (Kepujian) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  3. Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya SATU (1) tahun di dalam bidang berkaitan dan GRADUAN BARU yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) boleh dipertimbangkan;
  4. Mahir berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia sama ada secara lisan dan bertulis; dan
  5. Mahir menggunakan Microsoft Office 365 dan seumpamanya.

Tugas & Tanggungjawab

  1. Membantu pelaksanaan tugas-tugas pentadbiran bagi Sektor Penyelidikan dan Pemantauan Projek (RPM);

  2. Membantu dalam urusan dokumentasi dan surat-menyurat serta sistem fail dan pangkalan data Sektor RPM dikemaskini dari semasa ke semasa;

  3. Membantu menyelaras mesyuarat atau perbincangan yang berkaitan dalam Sektor RPM dari segi jemputan, tempahan bilik mesyuarat, penyediaan dokumentasi dan kelengkapan bagi mesyuarat berkenaan; dan

  4. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Timbalan Presiden RPM dari semasa ke semasa.

Pelajar Praktikal

(Penyelidikan)

PENEMPATAN

Permodalan Darul Ta’zim Sdn. Bhd.

Syarat Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Korporat / Perancang Bandar (Kepujian) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  3. Berpengetahuan tentang isu dan objektif utama serta berfikiran kreatif dan inovatif;
  4. Mahir berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia sama ada secara lisan dan bertulis; dan
  5. Mahir menggunakan Microsoft Office 365 dan seumpamanya.

Tugas & Tanggungjawab

  1. Membantu memantau kemajuan projek melalui lawatan tapak bagi pelaporan bulanan sektor;

  2. Membantu penyedian slaid pembentangan bagi tujuan mesyuarat, status terkini projek dan bagi kegunaan lain-lain yang berkaitan;

  3. Membantu penyiapan laporan semasa projek, laporan dari mesyuarat pemantauan dan projek lain yang berkaitan;

  4. Membantu menyelaras urusan dokumentasi dan surat-menyurat serta memastikan sistem fail dan pangkalan data dikemaskini dari semasa ke semasa;

  5. Membantu dalam bekerjasama dengan pengurusan sektor bagi mengemaskini status semasa projek sedia ada; dan

  6. Melaksanakan tugas khas lain-lain dari semasa ke semasa.

Pembantu

(Infra & Pengurusan Aset)

PENEMPATAN

Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd.

Syarat Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Memiliki kelayakan Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam / Mekanikal (Kepujian) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  3. Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya DUA (2) tahun di dalam bidang berkaitan;
  4. Mahir berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia sama ada secara lisan dan bertulis;
  5. Mempunyai kemahiran dalam penilaian kerosakan dan penyelenggaraan bangunan, penyelenggaraan elektronik dan elektrik; dan
  6. Mempunyai kemahiran dalam operasi sistem dan penyelenggaraan aplikasi.

Tugas & Tanggungjawab

  1. Memantau, menilai, mengesahkan, menyelenggara dan membuat pemeriksaan bagi Lot Komersil milik Perbadanan Setiausaha Kerajaan Johor (SSI);
  2. Memeriksa, menentukan tapak, membuat peraturan kerja, memberi ulasan, mengawasi dan pengesahan kepada setiap Lot Komersil milik SSI;
  3. Menyediakan dan menguruskan dokumen tawaran atau sebut harga dan tender untuk Lot Komersil milik SSI;
  4. Menyediakan dan mengeluarkan spesifikasi kerja, pesanan dan inden sehingga ke peringkat projek pembayaran;
  5. Memastikan kutipan bayaran sewaan kepada setiap Lot Komersil milik SSI dijalankan;
  6. Menyediakan, mengendalikan, mengawalselia dan menyelaras melibatkan persuratan, laporan, invois atau notis tunggakan, perjanjian sewaan dan data maklumat penyewa Lot Komersil milik SSI;
  7. Menyediakan Bill of Quantity bagi penilaian projek atau kerosakan;
  8. Mengemaskini permohonan sewaan bagi penyewa Lot Komersil milik SSI;
  9. Memantau kerja-kerja yang melibatkan kontraktor sama ada di pejabat atau Lot Komersil milik SSI;
  10. Membuat penilaian terhadap kerosakan bangunan, kenderaan atau apa jua kerosakan yang berlaku;
  11. Menjalankan kerja-kerja baikpulih berkaitan kelengkapan bangunan, pendawaian asas bangunan dan aset syarikat;
  12. Menerima aduan kerosakan dan bertindak atas sebarang kerosakan (‘Help-Desk and Troubleshooting’);
  13. Memastikan sistem keselamatan data dan sistem kebakaran atau sistem penyelenggaraan bilik server sentiasa dikemaskini; dan
  14. Melaksanakan arahan kerja dari Pengarah Eksekutif dan Pengurusan syarikat dari semasa ke semasa.

Pembantu Am

(Pentadbiran & Sumber Manusia)

PENEMPATAN

Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd.

Syarat Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  3. Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya DUA (2) tahun di dalam bidang berkaitan;
  4. Mahir berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia sama ada secara lisan dan bertulis;
  5. Mahir menggunakan Microsoft Office 365 dan seumpamanya;
  6. Berkemahiran dalam pemanduan kenderaan.

Tugas & Tanggungjawab

  1. Memastikan surat-surat yang diterima melaui pos, serahan tangan, email, faks dan apa jua kaedah penerimaan direkodkan ke dalam data;
  2. Surat-surat yang di terima haruslah diserahkan kepada setiausaha pengarah syarika untuk diminitkan;
  3. Merekodkan surat-surat keluar dan masuk untuk tujuan semakan;
  4. Menghantar dokumen /surat di sekitar Johor Bahru atau Kawasan yang diarahkan;
  5. Menyelenggara kenderaan syarikat dari semasa ke semasa mengikut jadual iaitu servis cukai jalan, insurans, pembersihan dan kerosakan;
  6. Menyediakan Permintaan Belian dan Memo Bayaran bagi jabatan pentadbiran;
  7. Menyediakan fail kenderaan, buku log pergerakan kakitangan dan buku log kenderaan bagi syarikat;
  8. Menyediakan dokumen pembayaran bagi utility, mesin air, pegawal keselamatan, percetakan, cukai dan petrol;
  9. Mengawal pergerakan penggunaan alat tulis, air mineral, merchandise PUJB, alatan pembersihan, setem dan keperluan pejabat;
  10. Membantu persiapan dan penyediaan penggunaan bilik seminar dan bilik mesyuarat di PUJB;
  11. Membuat tempahan alat tulis, air mineral, merchandise PUJB, alatan pembersihan dan keperluan pejabat;
  12. Mengumpul slip bayaran petrol dan tounch and go, menyediakan laporan, membuat tuntutan bayaran bagi kegunaan petrol pada setiap bulan;
  13. Membuat tempahan makanan bagi mesyuarat atau program yang diadakan;
  14. Menguruskan hidangan jamuan bagi setiap mesyuarat dan program yang diadakan;
  15. Membuat label-label fail pentadbiran;

Tempoh Permohonan

Day(s)

:

Hour(s)

:

Minute(s)

:

Second(s)

Cara Permohonan

Permohonan hendaklah dikemukakan di :

1. Permohonan boleh dilaksanakan melalui seperti berikut:

  • Menghantar resume / CV anda melalui e-mel kepada vacancy@pdt.com.my; atau
  • Melayari laman web di malaysia.indeed.com atau www.jobstreet.com.my bagi menghantar permohonan; atau
  • Resume / CV yang dihantar hendaklah diletakkan di dalam sampul surat dan di sudut atas sebelah kiri sampul hendaklah ditulis nama jawatan yang dipohon.

2. Alamat permohonan dan tarikh tutup permohonan adalah seperti berikut:

Ketua Eksekutif

Permodalan Darul Ta’zim Sdn. Bhd.

No.44, Jalan Padi Emas 1/2, Uda Business Centre, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim.

(u/p: Jabatan Sumber Manusia)

Tarikh Buka Permohonan Jawatan : 16 April 2023

Tarikh Tutup Permohonan Jawatan : 30 April 2023

Permohonan Yang Ditolak

Permohonan yang akan ditolak adalah seperti berikut :

  • Tidak memenuhi syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan; atau
  • Maklumat yang dinyatakan tidak lengkap atau meragukan.

Catatan Am

  1. Calon yang tidak menerima sebarang jawapan 3 bulan selepas dari tarikh tutup pengiklanan jawatan kosong hendaklah menganggap permohonan anda adalah tidak berjaya.
  2. Calon yang berjaya dan melepasi saringan atau pemilihan akan dihubungi melalui e-mel bagi makluman tarikh temuduga serta penyediaan dokumen-dokumen yang diperlukan. Sila pastikan alamat e-mel masih aktif dan boleh digunakan.
  3. Segala urusan perbelanjaan berhubung dengan permohonan jawatan dan urusan temuduga adalah di atas tanggungjawab sendiri.
  4. Hanya calon yang berjaya di dalam urusan temuduga akan dihubungi. Sila pastikan nombor telefon dan e-mel masih aktif serta boleh digunakan.