Kakitangan Permodalan Darul Ta’zim (PDT) menerima sumbangan barangan dapur iaitu beras, ayam, minyak masak, telur dan kuih raya sebagai persediaan menyambut ketibaan Syawal.

Sumbangan disampaikan oleh Ketua Eksekutif (Kumpulan) PDT, YB Dato’ Ramlee A Rahman kepada Timbalan Presiden Komunikasi Pentadbiran dan Sumber Manusia, Noor’ Azmi Md Omar dan Presiden Kelab Kakitangan PDT, Muhammad Nur Sadiqin Mohd Khusni mewakili kakitangan PDT.

Seluruh warga kerja PDT mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan atas sumbangan diberikan. Semoga PDT terus maju di masa akan datang.

__________

The employees of Permodalan Darul Ta’zim (PDT) have received donations of kitchen items such as rice, chicken, cooking oil, eggs, and raya cookies in preparation for Syawal. 

The donation was presented by the PDT Group Chief Executive, YB Dato’ Ramlee A Rahman to the Deputy President of Administrative Communications and People, Noor’ Azmi Md Omar, and the President of the PDT Club, Muhammad Nur Sadiqin Mohd Khusni, on behalf of the PDT staff.

All PDT employees express their gratitude to the management for their generous contribution. May PDT continue to progress in the future.