Majlis Iftar Ramadan dan Khatam Al-Quran Kumpulan PDT dan Kumpulan J-Biotech telah diadakan pada Rabu, antara lainnya bertujuan mengimarahkan bulan Ramadan serta mengeratkan hubungan silaturahim.

Majlis berkenaan disempurnakan oleh YB Dato’ Ramlee A Rahman, Ketua Eksekutif (Kumpulan) PDT, merangkap Ketua Pegawai Eksekutif J-Biotech dan bacaan Khatam Al-Quran dipimpin oleh Imam Besar Masjid Kota Iskandar, Tuan Haji Hanafiah Abdul Razak.

Lebih 160 kakitangan serta barisan pengurusan kanan PDT dan J-Biotech turut serta pada majlis tersebut yang turut diserikan dengan pengisian ilmiah, Tazkirah Ramadan serta meraikan anak-anak yatim dari Rumah Perlindungan Fitrah Qaseh.

Majlis turut menyaksikan penyampaian ‘Loyalty Service Award’ kepada Puan Fatimah Masood atas kesetiaan dalam perkhidmatan lebih 27 tahun bersama PDT, selain meraikan Encik Mohd Norazmi Amir Hamzah selaku mantan Ketua Pegawai Eksekutif Johor Centre for Constructions Development.

Terima kasih kepada Kelab Kakitangan PDT yang turut bersama-sama menjayakan majlis ini. 

_________

A Ramadan Iftar and Khatam Al-Quran event was jointly organised by PDT Group and J-Biotech Group on Wednesday, to celebrate the holy month of Ramadan and strengthen ties between both entities.

The event was attended YB Dato’ Ramlee A Rahman, PDT Group Chief Executive and also J-Biotech Chief Executive Officer, whilst the Quran recital was led by the Imam Besar of Kota Iskandar Mosque, Tuan Haji Hanafiah Abdul Razak.

More than 160 staff as well as senior management of PDT and J-Biotech participated in the ceremony, which was also graced with Tazkirah Ramadan and celebrated orphans from the Fitrah Qaseh Shelter.

The ceremony also witnessed the presentation of the ‘Loyalty Service Award’ to Mrs. Fatimah Masood for 27 years of loyal service with PDT, and also honoured Mr. Mohd Norazmi Amir Hamzah as the former Chief Executive Officer of the Johor Center for Constructions Development (JCCD).

A special thanks to the PDT Club’s for contributing to the success of this event.