Permodalan Darul Ta’zim (PDT) dan anak syarikat kumpulan menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM479,021.91 kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) bagi tahun ini.

Penyerahan disempurnakan oleh Ketua Eksekutif (Kumpulan) PDT, YB Dato’ Ramlee A Rahman kepada Menteri Besar Johor, YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam satu majlis yang diadakan di Johor Bahru, pada Selasa.

________

Permodalan Darul Ta’zim (PDT) and the group’s subsidiaries paid RM479,021.91 in business tithes (zakat) to the Johor Islamic Religious Council (MAINJ) for this year.

PDT Group Chief Executive, YB Dato’ Ramlee A Rahman handed over the tithe payment to Johor Menteri Besar, YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi in a ceremony held in Johor Bahru, on Tuesday.