Permodalan Darul Ta’zim (PDT) bersama-sama Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) hari ini telah mengadakan aktiviti gotong-royong pembersihan sampah berhampiran Sungai Skudai.

Pelaksanaan aktiviti ini melibatkan ahli-ahli Kelab Kakitangan PDT bagi menyokong inisiatif Kerajaan Negeri menerusi Program Johor Bersih yang bertujuan menjaga kebersihan sungai di Johor dan kesihatan masyarakat setempat.

Turut terlibat, Timbalan Presiden Korporat dan Kewangan PDT, Dzulkifly Hassan dan Presiden Kelab Kakitangan PDT, Muhammad Noorshafiq Mohd Salleh.