Terima kasih kepada YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Haji Hasni Mohammad di atas kunjungan ke pejabat pengurusan Permodalan Darul Ta’zim (PDT), semalam (25 Ogos 2021).

Kunjungan beliau yang juga merupakan Pengerusi PDT adalah bertujuan meninjau operasi pejabat baharu PDT di Uda Business Centre, Johor Bahru.

Pada sesi kunjungan tersebut, Ketua Eksekutif PDT, Haji Lukman Abu Bakar turut berkesempatan menyampaikan taklimat berkenaan operasi syarikat, pencapaian dan hala tuju PDT.