YB Dato’ Haji Ramlee A Rahman, Ketua Eksekutif (Kumpulan) Permodalan Darul Ta’zim Sdn. Bhd. (PDT) mengadakan tinjauan di setiap sektor / jabatan untuk bertemu dan bersuai kenal dengan para kakitangan PDT.

Beliau merupakan Ketua Eksekutif PDT ke-9 yang dilantik sejak penubuhan PDT pada tahun 1994.

Sesi tinjauan turut disertai Timbalan Presiden Komunikasi, Pentadbiran dan Sumber Manusia, Noor’ Azmi Md Omar; Timbalan Presiden Korporat dan Kewangan, Dzulkifly Hassan; Timbalan Presiden Undang-undang, Kesetiausahaan dan Integriti, Mohd Firdaus Abd Samad dan Timbalan Presiden Penyelidikan dan Pemantauan Projek, Azman Jaafar.