Sebagai usaha menerapkan amalan gaya hidup sihat, Kelab Kakitangan PDT mengambil inisiatif melaksanakan Sukan Mingguan PDT melibatkan pelbagai aktiviti sukan.

Program yang telah bermula sejak awal Oktober lalu antaranya melibatkan sukan bola sepak, badminton, bola tampar, bola jaring, bowling, ping pong, zumba dan aerobik.

Baru-baru ini, telah berlangsungnya sukan bowling di Pelangi Leisure Mall, Johor Bahru. Ia turut menyaksikan simbolik perasmian Sukan Mingguan PDT, yang disempurnakan oleh Ketua Eksekutif (Kumpulan) Permodalan Darul Ta’zim (PDT), YB Dato’ Ramlee A Rahman.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Johor Sdn. Bhd., Haji Mohd Riduan Md Ali dan Presiden Kelab Kakitangan PDT, Muhammad Nur Sadiqin Mohd Khusni.

Lebih 60 kakitangan PDT dan anak syarikat kumpulan menyertai acara sukan ini. Turut serta barisan pengurusan PDT dan Pengurus Besar Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. (PUJB), Encik Mohamad Radif Kosnin.