Program Sinar Lebaran diteruskan di daerah Kulai yang menyaksikan seramai 50 anak yatim menerima sumbangan sempena ketibaan Hari Raya Aidilfitri.

Sumbangan berbentuk wang tunai disampaikan oleh Timbalan Presiden Komunikasi, Pentadbiran dan Sumber Manusia Permodalan Darul Ta’zim (PDT), Noor’ Azmi Md Omar, semalam.

Menariknya, pelaksanaan program kali ini diselaraskan bersama-sama misi jelajah agihan sumbangan kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor kepada anak-anak yatim di sekitar daerah Kulai.

Program ini digerakkan oleh Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam (PKAYI) dengan kerjasama Pejabat Daerah, Majlis Perbandaran Kulai dan Yayasan Sejahtera Kulai.

Terdahulu, konvoi misi yang diketuai oleh Tuan Haji Yusof Omar selaku Pengerusi PKAYI Daerah Kulai dilepaskan oleh Pegawai Daerah Kulai, Haji Zainor Adani di Dataran Majlis Perbandaran Kulai.

Selain wang tunai, turut disampaikan barangan keperluan harian yang disumbangkan oleh pelbagai agensi.