Kerja-kerja pemasangan panel solar oleh PDT-USEM di Terminal Pengangkutan Awam, Majlis Perbandaran Segamat (MPS) telah bermula sejak 28 Disember lalu.

Pemasangan panel solar di bumbung bangunan tersebut melibatkan saiz keseluruhan 30 kWh. Ia dilaksanakan menerusi inisiatif Supply Agreement of Renewable Energy (SARE).

PDT bersama rakan strategik United Solar Energy (Malaysia) Sdn. Bhd. (USEM) telah diberi hak eksklusif sebagai agensi pelaksana bagi projek pemasangan solar di bumbung, melibatkan keseluruhan 16 PBT di Johor.

Pelaksanaan projek ini juga menyokong agenda negara ke arah matlamat kelestarian alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).