Inisiatif ke arah Masyarakat Rendah Karbon menerusi penggunaan teknologi hijau terus mendapat sokongan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Johor.

Majlis Daerah Tangkak (MDT) antara PBT terbaharu yang menzahirkan komitmen tersebut menerusi sesi Menandatangani ‘Implementation, Coordination and Monitoring Agreement (ICMA)’ melibatkan pemasangan sistem solar di bangunan milik MDT.

Sesi menandatangani ICMA tersebut telah diadakan pada 12 Januari lalu, disempurnakan oleh Ketua Eksekutif (Kumpulan) Permodalan Darul Ta’zim (PDT), YB Dato’ Ramlee A Rahman; Yang DiPertua MDT, Ezlan Farid Mohd Said dan Ketua Pegawai Eksekutif United Solar Energy Malaysia (USEM), Adila Ahmad Ishak.