Permodalan Darul Ta’zim (PDT) menyalurkan sumbangan sebanyak RM150,000.00 kepada Tabung Bencana Negeri Johor.

Sumbangan tersebut disampaikan kepada Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani dan disaksikan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi pada Majlis Pelepasan Konvoi Pasca Banjir Southern Volunteers di Kota Iskandar baru-baru ini.

Tabung Bencana Negeri Johor turut menerima sumbangan daripada Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn. Bhd. (KPRJ) berjumlah RM100,000; PIJ Holdings Sdn. Bhd. (RM100,000) dan REHDA Johor (RM100,000).