Permodalan Darul Ta’zim (PDT) dengan kerjasama Kelab Kakitangan PDT menyalurkan sumbangan Kotak Makanan di Mukim Jelutong.

Sumbangan disampaikan Timbalan Presiden Komunikasi, Pentadbiran dan Sumber Manusia PDT, Noor Azmi Md Omar kepada Penghulu Mukim Jelutong, Mohamad Muhaimin Hussin.

Kotak Makanan yang mengandungi barangan keperluan asas tersebut diagihkan kepada 40 keluarga yang terjejas dan hilang punca pendapatan akibat pandemik Covid-19.

Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka.