Nor Syazlan Abd Razak sebelum ini merupakan Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Johor Centre for Construction Development (JCCD), berkuatkuasa 15 Februari lalu.

Beliau menggantikan Norazmi Amir Hamzah yang kini diberi amanah sebagai Ketua Penolong Setiausaha (Pembangunan Wilayah dan Perbandaran) Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor.

Majlis Penyerahan dan Akuan Terima Serah Tugas telah diadakan di Pejabat Pengurusan Permodalan Darul Ta’zim (PDT) semalam, disaksikan oleh Ketua Eksekutif (Kumpulan) PDT, Dato’ Ramlee A Rahman.

Turut hadir barisan pengurusan kanan PDT.

JCCD merupakan anak syarikat kumpulan PDT yang diperbadankan pada 2017 bertujuan memperkasa tahap kompetensi kontraktor Johor.