Jawatankuasa Audit dan Integriti (JAI) Permodalan Darul Ta’zim (PDT) telah ditubuhkan bagi memantau pelaksanaan fungsi teras Unit Integriti dan Governans (IGU) sepertimana yang telah disarankan oleh Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA).
Penubuhan JAI juga bertujuan untuk membantu Ahli Lembaga Pengarah PDT membendung sebarang gejala rasuah dan memastikan fungsi audit dalam dilaksanakan secara berkala di peringkat PDT dan kesemua anak syarikat milikan penuh PDT.
Hari ini, telah berlangsung Mesyuarat JAI PDT kali pertama bagi tahun 2020 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato’ Ishak Sahari, selaku Pengerusi JAI PDT.
Turut serta, Ahli Jawatankuasa JAI, Haji Lukman Haji Abu Bakar dan Haji Mohd Khir Johari Salleh serta Ketua Eksekutif PDT, Haji Lukman Abu Bakar.
Hadir sama, barisan pengurusan tertinggi PDT iaitu Timbalan Presiden Korporat dan Kewangan Dzulkifly Hassan; Timbalan Presiden Undang-undang, Kesetiausahaan dan Integriti, Mohd Firdaus Abd Samad dan Timbalan Presiden Penyelidikan dan Pemantauan Projek, Azman Jaafar.
Mesyuarat hari ini menyaksikan pembentangan kertas cadangan oleh Jabatan Integriti PDT (Sekretariat JAI) berkaitan Pelantikan Firma Audit bagi Fungsi Audit Dalam; Pindaan terhadap Terma Rujukan JAI dan cadangan terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) yang berkaitan.