Permodalan Darul Ta’zim (PDT) berbangga menjadi sebahagian daripada penyumbang utama pada Malam Sentuhan Kasih Jasmine 2019 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru pada Sabtu, 27 April 2019.

Majlis anjuran Pertubuhan Amal Isteri Wakil-Wakil Rakyat Kerajaan Negeri Johor (JASMINE) mendapat perkenan DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah. Hadir sama, Menteri Besar Johor, Dato’ Dr. Sahruddin Jamal merangkap Penaung JASMINE dan isteri, Datin Dr. Nila Armila Mukdan yang juga Pengerusi JASMINE.

Datin Dr. Nila Armila turut mempersembahkan sumbangan kepada Baginda bagi Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (YKTLJ) berjumlah RM200,000.