Lebih 50 guru KAFA telah menyertai Kursus Pedagogi Pendidikan Guru KAFA Negeri Johor yang diadakan pada 16 hingga 18 Mac lalu, bertempat di Johor Bahru.

Kursus tiga hari tersebut adalah anjuran Bahagian Pendidikan Agama Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) yang melibatkan penyertaan guru-guru KAFA lantikan 2021 dari seluruh daerah.

Majlis Penutup disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Agama Islam, JAINJ, Tuan Haji Yosree Haji Ikhsan. Hadir sama, Timbalan Presiden Komunikasi, Pentadbiran dan Sumber Manusia, Permodalan Darul Ta’zim (PDT), Noor’ Azmi Md Omar.

Sejak 2017, PDT dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Islam, JAINJ, telah menyediakan peluang bagi meningkatkan kemahiran dan kualiti pengajaran guru-guru KAFA di negeri Johor menerusi penganjuran Kursus Jangka Pendek Guru KAFA.