Lebih 30 keluarga di sekitar Mukim Tanjung Kupang menerima bantuan menerusi program Sinar Lebaran yang dikelolakan oleh Permodalan Darul Ta’zim (PDT).

Bantuan berbentuk wang tunai itu telah disampaikan semalam (6 Mei 2021) kepada golongan sasaran dalam kategori miskin tegar, warga emas dan golongan kurang upaya. 

Antara kawasan yang terlibat ialah Kampung Orang Asli Simpang Arang, Kampung Ladang, Kampung Pok dan Kampung Tiram Duku.

Sumbangan disampaikan oleh Timbalan Presiden Komunikasi, Pentadbiran dan Sumber Manusia PDT, Noor’ Azmi Md Omar.

Turut bersama-sama Penghulu Kanan, Mukim Tanjung Kupang, Zaini Sayuti; Tok Batin Kampung Orang Asli Simpang Arang, Noore Kasi; Ketua Kampung Ladang, Abd Jalil Abdul Majid dan Ketua Kampung Pok, Fuad Eshak.

Semoga sumbangan ini, sedikit sebanyak dapat membantu dan meringankan beban para penerima bagi membuat persiapan menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Terima kasih kepada Pejabat Daerah Johor Bahru dan pihak yang terlibat dalam melancarkan proses agihan sumbangan ini.