Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, YB Ayub Jamil mengadakan Lawatan Kerja Ke Tapak Projek SMART Waste To Energy (WTE) di Ladang Tanah Merah, Negeri Sembilan, hari ini.

Lawatan itu diadakan bagi melihat pembangunan fasiliti Pusat Pelupusan, Rawatan dan Pengambilan Semula Sumber Sisa Pepejal Secara Sanitari yang berupaya menjana elektrik.

SMART WTE ini merupakan yang pertama dibina di Malaysia.

Lawatan turut disertai Pengerusi Cypark Resources Bhd, Tan Sri Razali Ismail; Pengurus Besar Kanan Cypark, Achmat Nadhrain Ibrahim dan Ketua Eksekutif Permodalan Darul Ta’zim (PDT), Lukman Abu Bakar.

Hadir sama, Setiausaha Bahagian (Bahagian Kerajaan Tempatan) Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Farid Kassim dan Pegawai Alam Sekitar, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor, Gurpreet Singh Dhaliwal.

SMART WTE menggunakan teknologi Moving-Grate Stoker dari Jepun iaitu syarikat Hitachi Zosen Corporation (Pemaju Loji WTE terbesar di dunia) dan TESCO Co. Ltd (Operator Loji WTE terbesar di Jepun).

Kerajaan menyasarkan pembinaan sekurang-kurangnya lima WTE di seluruh negara menjelang 2021, termasuk di Johor.