PDT Oil & Gas Services Sdn. Bhd. telah mengadakan lawatan kerja Ke Kilang PS Poly Pack Sdn. Bhd. di Klang, Selangor, semalam. (08 Julai 2020)

Sesi lawatan itu diketuai oleh Pengarah PDT Oil & Gas Services, Mohd Shahrin Dato’ Rahmat bagi membincangkan pelbagai bentuk kerjasama serta mengenal pasti skop kerja pembekalan Form Fill Seal Bag (FSS Bag).

Lawatan tersebut turut disertai Pengarah Urusan PS Poly Pack, Ir. Mohd Zain Harun; Timbalan Presiden Perhubungan Strategik dan Tugas Khas Permodalan Darul Ta’zim (PDT), Noor’ Azmi Md Omar dan Pengurus Pengeluaran PS Poly Pack, Mohd Aliff Mohd Zain.

Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan PS Poly Pack atas sambutan yang diberikan semasa lawatan tersebut. Semoga hasil lawatan ini dapat menzahirkan peluang kerjasama dalam bidang yang berkaitan.