Permodalan Darul Ta’zim (PDT) telah mengadakan lawatan ke Tuas Desalination Plant (Loji Penyahgaraman Tuas) di Singapura pada 14 Disember lalu.

Lawatan rasmi tersebut bertujuan melihat teknologi yang digunapakai dalam proses penyahgaraman bagi pembekalan sumber air tawar alternatif untuk air minuman, argrikultur, perindustrian dan lain-lain.

Sesi lawatan ini turut menyaksikan perkongsian pengalaman dan kepakaran daripada HSL Constructor Pte Ltd dan Public Utilities Board (PUB).

Delegasi PDT diketuai oleh Ketua Eksekutif (Kumpulan) PDT, YB Dato’ Ramlee A. Rahman. Turut serta, Ketua Pegawai Eksekutif Johor Economic, Tourism & Cultural Office Singapore (JETCO), Saifuddin Abdul Rahim.

Hadir sama, Timbalan Presiden Komunikasi, Pentadbiran dan Sumber Manusia PDT, Noor’ Azmi Md Omar; Timbalan Presiden Korporat dan Kewangan, Dzulkifly Hassan; Timbalan Presiden Undang-undang, Kesetiausahaan dan Integriti, Mohd Firdaus Abd Samad dan Timbalan Presiden Penyelidikan dan Pemantauan Projek, Azman Jaafar.

Kehadiran delegasi PDT disambut Pengerusi HSL, Lim Choo Leng; Pengarah Eksekutif HSL, Charles Quek; Ketua Pegawai Eksekutif, Wong Chin Sing; Pengarah Perniagaan Antarabangsa , Peter Ho dan Pengarah Operasi, Chris Lim. Turut bersama-sama, Timbalan Pengarah PUB, Moh Tiing Liang dan Pengurus Besar PUB, Qin Wei.

Tuas Desalination Plant pernah menerima anugerah ‘Desalination Plant Of The Year’ – Global Water Awards pada tahun 2019. 

Singapura merupakan antara negara di Asia Tenggara yang mempelopori teknologi penyahgaraman dan memiliki lima buah loji bagi memastikan bekalan air mentah domestik mencukupi.