PDT Oil & Gas Services Sdn. Bhd. (PDT O&G) bersama-sama anak syarikat iaitu PDT Scaffold Engineering Sdn. Bhd. dan PDT Training Sdn. Bhd. telah mengadakan lawatan kerja ke MKRS Group (M) Sdn. Bhd. di Selangor, semalam (9 September 2020).

Lawatan tersebut bagi melihat Pusat Pembuatan ’Scaffold Materials’ di MKRS Manufacturing yang terletak di Semenyih serta MKRS Training Institute (MTI) di Bangi.

Lawatan disertai Pengarah PDT O&G, Haji Mohd Shahrin Dato’ Rahmat; Ketua Pegawai Eksekutif PDT Training, Mohd Ekmaluddin Dato’ Ishak; Pengarah PDT Scaffold, Haji Isa Abu Bakar dan Ketua Pegawai Eksekutif PDT Scaffold, Azman Jaafar.

Lawatan disambut oleh Pengarah Urusan MKRS Group, Dato’ Mohamad Ridza Ilias. Turut bersama, Ketua Bahagian Latihan, Firdausiana Mohd Sani.

MKRS Group secara amnya menyediakan fasiliti latihan yang diiktiraf oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) dan dilengkapi dengan kepakaran tenaga pengajar serta modul pengajaran yang boleh diguna pakai di dalam industri perancah tempatan mahupun antarabangsa.

Syarikat perintis itu turut mengetengahkan inovasi baharu di dalam industri perancah yang dapat menjimatkan tempoh masa pemasangan perancah berdasarkan peraturan, garis panduan dan amalan standard dalam mencapai tahap keselamatan yang optimum.

Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan MKRS Group atas sambutan yang diberikan sepanjang lawatan.