Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor, YB Datin Paduka Dr. Suhailizan Suliman mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Pengurusan Permodalan Darul Ta’zim (PDT).

Beliau merupakan Ahli Lembaga Pengarah PDT yang baharu dilantik berkuat kuasa 1 Februari 2023.

Dalam kunjungan tersebut, beliau turut diberi taklimat berkenaan latar belakang, operasi perniagaan dan tadbir urus syarikat Permodalan Darul Ta’zim.

Idea bernas, sumbangan dan komitmen beliau sangat diharapkan dan dihargai bagi memacu kemajuan masa depan PDT.

Turut serta, Ketua Eksekutif (Kumpulan) PDT, YB Dato’ Ramlee A Rahman, Timbalan Presiden Korporat dan Kewangan, Dzulkifly Hassan; Timbalan Presiden Undang-undang, Kesetiausahaan dan Integriti, Mohd Firdaus Abd Samad dan Timbalan Presiden Penyelidikan dan Pemantauan Projek, Ts. Azman Ja’afar.