Ketua Eksekutif (Kumpulan) PDT, Dato’ Ramlee A Rahman hari ini menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Tanah dan Galian Johor, Tuan Haji Ashari Kasnan dan Pengarah Eksekutif Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. (PUJB) yang baharu, Tuan Haji Mohd Radzi Haji Mohd Amin.

Tuan Haji Ashari merupakan mantan Pengarah Eksekutif PUJB, sementara Tuan Haji Mohd Radzi adalah mantan Pegawai Daerah Mersing. Kedua-duanya telah bertukar portfolio berkuat kuasa semalam.

PUJB telah ditubuhkan sejak 1997 dan pada 2015, kerajaan negeri telah memberi mandat bahawa PUJB diletakkan di bawah PDT selaku anak syarikat kumpulan.