Kelab Kakitangan PDT telah mengadakan lawatan dan menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai kepada Rumah Kebajikan dan Pendidikan Baitul Maghfirah di Bandar Baru Uda, Johor Bahru, pada Ahad.

Baitul Maghfirah yang beroperasi hampir 10 tahun, menempatkan hampir 30 kanak-kanak daripada golongan asnaf zakat.

Penyampaian sumbangan disempurnakan oleh Ahli Jawatankuasa Kerohanian Kelab Kakitangan PDT, Muhamad Firdaus Amir kepada Pengurus Pertubuhan Baitul Maghfirah, Puan Khiryati Misbah.

Turut bersama-sama Presiden Kelab Kakitangan PDT, Muhammad Nur Sadiqin Mohd Khusni; Timbalan Presiden, Norindah Khairi; AJK Pemasaran, Arzielawati Ariffuddin dan Timbalan AJK Kerohaniaan, Muhammad Taufiq Akmal Roslin.

Sumbangan ini adalah hasil daripada Tabung Derma Kelab Kakitangan PDT yang telah diperkenalkan sejak 2021 bertujuan memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan kakitangan PDT. Semoga sumbangan ini dapat memberikan keceriaan kepada anak-anak asnaf ini.