Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Johor Construction Awards (JCA) 2020 telah berlangsung pada Rabu lalu di Iskandar Puteri, Johor.

Majlis berprestij ini anjuran anak syarikat Permodalan Darul Ta’zim (PDT) iaitu Johor Centre For Construction Development (JCCD).

Ia menyaksikan satu pemeteraian perjanjian di antara JCCD dengan The Institution of Engineers Malaysia (IEM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Malaysia Board of Technologists (MBOT).

Sebanyak 14 kategori anugerah dinobatkan kepada para pemain industri pembinaan dan kontaktor Johor pada majlis tersebut yang disempurnakan oleh Menteri Besar Johor, Dato’ Haji Hasni Mohammad.

 Majlis turut dihadiri Ketua Eksekutif PDT, Haji Lukman Abu Bakar serta barisan pengurusan tertinggi PDT dan anak syarikat dalam kumpulan.