#FIJO2022 | Sekitar Majlis Perasmian Penutup Festival Islam dan Halal Antarabangsa Johor (FIJO) 2022 yang disempurnakan oleh Menteri Besar Johor, YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi.

FIJO 2022 anjuran Kerajaan Negeri menerusi Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. (PUJB) iaitu anak syarikat Kumpulan Permodalan Darul Ta’zim (PDT) bakal melabuhkan tirainya hari ini.

Para pengunjung yang belum berkesempatan, masih lagi berpeluang untuk hadir sehingga pukul 10.00 malam ini.

Lebih 300 tapak pameran dan jualan menyertai festival ini sejak 29 September lalu, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor.