#FIJO2022 | Seramai 94 usahawan negeri Johor hari ini menerima pelbagai bantuan keusahawanan daripada tujuh agensi yang melibatkan jumlah keseluruhan bantuan lebih RM11 juta.

Majlis penyerahan bantuan tersebut disempurnakan oleh YB Tuan Mohd Hairi Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia di Persada Johor sempena Festival Islam dan Halal Antarabangsa Johor (FIJO 2022).

Turut hadir, Pengarah Eksekutif Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. (PUJB), Haji Mohd Radzi Mohd Amin.

Bantuan tersebut adalah :

  1. Surat Kelulusan Insentif Pembukaan Akaun Syarikat (IPAS) oleh PUJB.
  2. Kemudahan Skim Pembiayaan Perniagaan MARA.
  3. Pinjaman Sahabat AIM.
  4. Pembiayaan Perniagaan kepada Rakan Usahawan PUNB Johor.
  5. Penyerahan Sijil Pengesahan Halal Malaysia.
  6. Pensijilan BeSS dan Trust MyCatering (TMC).
  7. Pertukaran Perjanjian Persefahaman Waqaf An-Nur bersama Khyara’s Food dan penyerahan pembiayaan dana niaga melibatkan 5 penerima.