Dalam usaha meringankan beban penduduk yang terjejas akibat bencana banjir yang melanda Johor, PDT hari ini menyalurkan sumbangan barangan keperluan harian.

Sebanyak 2,000 pek beras dan 4,000 pek bihun disalurkan kepada Southern Volunteers untuk diagihkan kepada mangsa bencana di seluruh negeri.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Timbalan Presiden Komunikasi, Pentadbiran dan Sumber Manusia PDT, Noor’ Azmi Md Omar kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan), Dato’ Hj On Jabbar@Ja’afar.

Terima kasih kepada Kelab Kakitangan PDT yang turut bersama-sama membantu.