Bantuan Kotak Makanan Permodalan Darul Ta’zim (PDT) diteruskan di Mukim Sungai Tiram.

Sejumlah 40 keluarga yang terkesan akibat pandemik Covid-19 menerima Kotak Makanan tersebut yang mengandungi barangan keperluan asas.

Sumbangan disampaikan Presiden Kelab Kakitangan PDT, Muhammad Nur Sadiqin Mohd Khusni kepada Penghulu Mukim Sungai Tiram, Mohd Afiff Mohd Adzhar serta ketua kampung yang terlibat.

 Diharapkan bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang terjejas.