Kelab Kakitangan PDT telah menganjurkan Pertandingan Sudut Kemerdekaan Tahun 2022 bagi menzahirkan semangat patriotik dalam kalangan kakitangan PDT dan anak syarikat kumpulan.

Penganjuran kali ini mengetengahkan elemen kelestarian menerusi barangan kitar semula sebagai usaha menyokong inisiatif ESG (Environment, Social and Governance).

Pertandingan tersebut melibatkan penyertaan setiap sektor di peringkat PDT serta anak syarikat kumpulan.