Permodalan Darul Ta’zim (PDT) menyampaikan sumbangan 100 Kotak Makanan kepada keluarga yang terjejas, termasuk mereka yang dikuarantin akibat Covid-19.

Sumbangan tersebut disalurkan menerusi Kelab Belia Dinamik, Bandar Parit Sulong, Batu Pahat.

Penyampaian sumbangan disempurnakan oleh Timbalan Presiden Komunikasi, Pentadbiran dan Sumber Manusia, Noor’ Azmi Md Omar.

Semoga ahli keluarga yang terlibat dipermudahkan urusan dan diharapkan sumbangan ini dapat meringankan beban yang dihadapi.