Sejumlah 100 keluarga menerima bantuan Kotak Makanan Permodalan Darul Ta’zim (PDT) hari ini.

Pengagihan bantuan kali ini melibatkan mereka yang hilang punca pendapatan akibat pandemik Covid-19 termasuk pengendali bas sekolah di kawasan Pasir Gudang.

Selain itu, bantuan turut diagihkan kepada penduduk yang terputus bekalan makanan di kawasan Johor Bahru dan Rengit, Batu Pahat.

Penyampaian bantuan disempurnakan oleh Timbalan Presiden Komunikasi, Pentadbiran dan Sumber Manusia PDT, Noor Azmi Md Omar kepada wakil persatuan dan penduduk yang terlibat.

Diharap sumbangan ini dapat meringankan beban mereka, dalam masa sama memberi keceriaan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.