Penyerahan Sijil Penghargaan Penaja Program Laksamana Virtual Run & Ride 2021 Sijil penghargaan tersebut disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor, Mohd Ikmal Izam Zaini kepada Ketua Eksekutif (Kumpulan) Permodalan Darul Ta’zim (PDT), YB Dato’ Ramlee A Rahman.

Program Laksamana Virtual Run & Ride 2021 telah melabuhkan tirainya pada 18 Disember 2021 lalu.

Ia berjaya mengumpul kutipan tajaan sebanyak RM710,500.00 dengan penyertaan hampir 1,600 peserta dari seluruh Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.