Terima kasih kepada pihak Institut Dato’ Onn (IDO) kerana mengundang Permodalan Darul Ta’zim (PDT) untuk bersama-sama menjayakan program Saujana Talk sebagai platform perkongsian dan mempromosikan inisiatif-inisiatif yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Menerusi program tersebut, Timbalan Presiden Komunikasi, Pentadbiran dan Sumber Manusia PDT, Noor’ Azmi Md Omar berkongsi mengenai Tabung Pendidikan Sarjana PDT dan Tabung Pendidikan Kakitangan Kerajaan Kumpulan Pelaksana.