Permodalan Darul Ta’zim (PDT) hari ini menyampaikan sumbangan berbentuk peralatan pembersihan rumah kepada Southern Volunteers.

Sumbangan fasa kedua ini memberi fokus kepada kelengkapan bagi pelaksanaan kerja-kerja pembersihan rumah mangsa banjir yang sedang giat dijalankan oleh skuad pasca banjir, Southern Volunteers.

 Sumbangan disampaikan oleh Timbalan Presiden Komunikasi, Pentadbiran dan Sumber Manusia PDT, Encik Noor’ Azmi Md Omar kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Seketariat SUKMA Johor, Tuan Haji ‘On Jabbar.