Pengerusi Jawatankuasa Audit dan Integriti, Permodalan Darul Ta’zim (PDT), YB Dato’ Ishak Sahari menyempurnakan Pelancaran Buku Panduan Integriti yang menjadi garis panduan kepada seluruh warga kerja dalam meningkatkan pembudayaan integriti.

Pelancaran buku ini diadakan bersempena Majlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah PDT dan Anak Syarikat Kumpulan pada 30 Mac 2022, di Kota Iskandar.

Turut menyaksikan Ketua Eksekutif (Kumpulan) PDT, YB Dato’ Ramlee A Rahman dan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Razim Mohd Noor.

Penerbitan buku panduan ini merupakan inisiatif Jabatan Integriti & Governans PDT sebagai kerangka kawalan dalaman, pembudayaan integriti dan pencegahan kesalahan rasuah dalam pekerjaan harian kakitangan PDT dan anak syarikat dalam kumpulan.