Dalam usaha meningkatkan kemahiran dan kompetensi kepimpinan serta pengurusan, Permodalan Darul Ta’zim (PDT) dengan kerjasama PricewaterhouseCoopers (PwC) telah menganjurkan Leadership Retreat 1.0 (Government & Integrity).

Program ini memberi fokus kepada beberapa modul penting dalam memantapkan profesionalisme pengurusan korporat antaranya Environmental, Social & Governance (ESG); Corporate Governance, Risk Management, Anti-Bribery and Corruption, Tax Updates & Analysing Financial Statements.

Program yang diadakan pada 29 dan 30 Jun lalu turut disertai Ketua Eksekutif (Kumpulan) PDT, YB Dato’ Ramlee A Rahman, Pengurus Besar, Ketua-ketua Pegawai Eksekutif anak syarikat kumpulan PDT dan barisan kepimpinan serta pegawai kanan PDT dan anak syarikat.