Bagi melahirkan individu berpersonaliti dan berketerampilan unggul, Johor Apprentice 2022 telah menjadi wadah rasmi bagi Kerajaan Negeri memberi bimbingan berfokus kepada pelatih yang berkelayakan.

Permodalan Darul Ta’zim (PDT) bersama anak syarikat dalam kumpulan iaitu Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. (PUJB) dan Johor Center for Construction Development (JCCD) turut bersama-sama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang lain menyambut baik dan menyokong pelaksanaan program ini.

Majlis penyerahan para perantis tersebut telah diadakan semalam yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor, YB Tuan Mohd Hairi Mad Shah.

Pada majlis tersebut, Timbalan Presiden Komunikasi, Pentadbiran dan Sumber Manusia, Noor’ Azmi Md Omar mewakili PDT telah menerima seorang perantis yang akan ditempatkan di PDT.

Terima kasih dan tahniah kepada Institut Dato’ Onn yang menjadi penggerak program ini dalam usaha mempersiapkan bakat-bakat barisan hadapan kumpulan belia.