Amanat Menteri Besar Johor YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi yang disampaikan hari ini kepada penjawat awam negeri Johor antara lainnya menggariskan 6 teras utama.

Teras tersebut sebagai tunjang utama dalam memastikan visi menjadikan Johor sebuah negeri maju, bakal menjadi realiti.

  1. Tadbir Urus Kerajaan
  2. Pembangunan Ekonomi
  3. Jaringan Keselamatan Sosial
  4. Kemudahan dan Keperluan Asas
  5. Keselamatan, Kebersihan dan Alam Sekitar
  6. Orang Muda Johor

Ketua Eksekutif (Kumpulan), Permodalan Darul Ta’zim (PDT) YB Dato’ Ramlee A Rahman turut hadir pada majlis Amanat Menteri Besar Johor, yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, pagi tadi.

Hadir sama barisan pengurusan anak syarikat dalam kumpulan PDT iaitu Pengarah Eksekutif Perbadanan Usahawan Johor (PUJB), Haji Mohd. Radzi Mohd. Amin dan Ketua Pegawai Eksekutif Johor Special Water (JSW), Haji Zulkiflee Abbas.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Johor Centre For Construction Development (JCCD), Norazmi Haji Amir Hamzah; Ketua Pegawai Eksekutif Johor Economic, Tourism And Cultural Office, Singapura (JETCO), Saifuddin Abdul Rahim dan Timbalan Presiden Komunikasi, Pentadbiran dan Sumber Manusia PDT, Noor’ Azmi Md Omar turut bersama-sama hampir 2,000 penjawat awam hadir pada majlis tersebut.