Seramai 50 keluarga di daerah Kluang menerima sumbangan barangan keperluan harian dan wang tunai menerusi program Sinar Lebaran PDT 2022.

Sumbangan disampaikan oleh Timbalan Presiden Komunikasi, Pentadbiran dan Sumber Manusia PDT, Noor’ Azmi Md Omar kepada penduduk di Mukim Kahang, Mukim Paloh, Mukim Kluang dan Mukim Machap.

Penerima bantuan terdiri daripada warga emas, miskin tegar dan orang kurang upaya. Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban dan menceriakan para penerima sempena ketibaan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.