Seramai 30 anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam (PKAYI) Kluang menerima sumbangan duit raya sempena ketibaan Hari Raya Aidilfitri.

Sumbangan disampaikan oleh Timbalan Presiden Komunikasi, Pentadbiran dan Sumber Manusia PDT, Noor’ Azmi Md Omar.

Turut hadir, Setiausaha Kehormat PKAYI Kluang, Haji Ramley Othman.

Semoga sumbangan ini memberi keceriaan kepada anak-anak yatim dalam menyambut bulan Syawal tidak lama lagi.