Permodalan Darul Ta’zim (PDT) sentiasa menyokong usaha yang dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat.

Hari ini, inisiatif membantu golongan yang memerlukan menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) diteruskan melibatkan 100 lagi keluarga yang terjejas di sekitar Johor Bahru.

Sumbangan kali ini disampaikan kepada penerima dari Mukim Bandar yang diselaraskan bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Melayu Majidee.

Ia melibatkan penduduk antaranya dari Kampung Baru Stulang, Kampung Skudai Kiri, Kampung Tarom dan Kampung Mahmoodiah yang terkesan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan akibat COVID-19.

Penduduk yang terjejas menerima pek bantuan barangan keperluan harian seperti beras, minyak masak, tepung dan pelbagai keperluan penting yang lain.

Semoga bantuan ini dapat meringankan beban mereka dalam menghadapi waktu yang sukar ini, selain diharap dapat memberi sedikit kegembiraan dalam menjalani ibadah puasa ketika ini.