Ketua Eksekutif (Kumpulan) Permodalan Darul Ta’zim (PDT), YB Dato’ Ramlee A Rahman dilantik sebagai Profesor Adjung Fakulti Pengurusan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), berkuat kuasa 1 April 2023 sehingga 31 Mac 2024.

Pemilihan YB Dato’ Ramlee sebagai Profesor Adjung di UTM merupakan satu pengiktirafan terhadap pengalaman luas dan kepakaran beliau dalam pentadbiran awam dan pengurusan korporat yang dapat dimanfaatkan bagi meningkatkan kecemerlangan dan prestasi universiti.

Surat pelantikan diserahkan oleh Dekan Fakulti Pengurusan UTM, Profesor Madya Dr. Ahmad Jusoh kepada YB Dato’ Ramlee dalam satu acara yang diadakan di Pejabat Pengurusan PDT, Johor Bahru, semalam.

Turut hadir, Timbalan Dekan Fakulti Pengurusan UTM, Dr. Nor Zafir Md Salleh dan Pengarah Fakulti Pengurusan UTM, Dr. Roshazlizawati Mohd Nor.

Hadir sama, Timbalan Presiden Komunikasi, Pentadbiran dan Sumber Manusia PDT, Noor’ Azmi Md Omar; Timbalan Presiden Korporat dan Kewangan PDT, Dzulkifly Hassan dan Timbalan Presiden Undang-undang, Kesetiausahaan & Integriti PDT, Mohd Firdaus Abd Samad.

__________

PDT Group Chief Executive, YB Dato’ Ramlee A Rahman has been appointed as Adjunct Professor of the Faculty of Management, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), with effect from 1 April 2023 until 31 March 2024.

YB Dato’ Ramlee’s appointment is a recognition of his extensive experience and expertise in public administration and corporate management that can be utilized to improve the university’s excellence and performance.

The letter of appointment was submitted by UTM Faculty of Management Dean, Associate Professor Dr. Ahmad Jusoh to YB Dato’ Ramlee in a meeting at the PDT Management Office, Johor Bahru, yesterday.

Also present, the faculty’s Deputy Dean, Dr. Nor Zafir Md Salleh and Director, Dr. Roshazlizawati Mohd Nor.

Those in attendance from PDT included PDT Deputy President of Communications, Administration and People, Noor’ Azmi Md Omar; PDT Corporate and Finance Deputy President, Dzulkifly Hassan and PDT Legal, Secretarial & Integrity Deputy President, Mohd Firdaus Abd Samad.