Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Sinar Lebaran PDT menjejaki golongan warga emas, sakit terlantar dan kurang upaya di Tangkak, semalam.

Seramai 30 orang menerima sumbangan berbentuk wang tunai yang disampaikan oleh Timbalan Presiden Komunikasi, Pentadbiran dan Sumber Manusia PDT, Noor’ Azmi Md Omar.

Semoga sumbangan ini, sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban dan menceriakan mereka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.