Majlis Perjumpaan Kakitangan Permodalan Darul Ta’zim (PDT) & Anak-anak Syarikat bersama Ketua Eksekutif PDT, Haji Lukman Abu Bakar diadakan hari ini, di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar.
Haji Lukman berkesempatan menyampaikan ucapan pada majlis tersebut yang dihadiri barisan pengurusan tertinggi anak-anak syarikat iaitu Pengarah Eksekutif Perbadanan Usahawan Johor, Haji Ashari Kasnan; Ketua Pegawai Eksekutif SAJ Sdn. Bhd., Haji Miswan Yunus; Pengarah PDT Oil & Gas Services, Haji Mohd Shahrin Dato’ Rahmat dan Ketua Pegawai Eksekutif, Johor Centre for Construction Development, Mohd Ekmaluddin Dato’ Ishak.
Dalam ucapannya, beliau berharap keluarga besar PDT ini akan terus bekerjasama dan berganding bahu dalam usaha memajukan syarikat dengan meneroka pelbagai peluang dan potensi yang ada.
Pada majlis tersebut, turut diadakan Sesi Perkongsian oleh Haji Miswan yang menyentuh mengenai sejarah penubuhan dan perkembangan SAJ Sdn. Bhd. atau dikenali sebagai SAJSB dalam pembangunan industri air di Johor.
Majlis juga meraikan kehadiran para petugas baharu dan juga sambutan ulang tahun kelahiran kakitangan PDT dan anak syarikat.